Monday, May 23, 2011

:::exam OH exam:::


warghhhhhh,,,,,,
boringnye sekarang ni.....
bebudak tengah berkerut dahi jawab exam
susah ke soalannye ek...huhu
dah la tengah jawab paper yang saya ajar
SCIENCE PAPER 2
tapi kalu tengok pada soalan
rasanye takdelah susah sangat
kalu dah study
baca nota yang saya bagi, baca buku teks
buat latihan yang saya suruh
mesti bley jawab punyerrrrrr.....


teringat zaman-zaman sekolah dulu
saya ni jenis yang study bila nak exam je
xbley study awal2, nanti lupa...hehe
apa yang penting, usaha untuk buat yang terbaik
sbb mak cakap
kalau tak dapat nombor 1, 2, 3
mak taknak datang perjumpaan PIBG sekolah
hahahaha
kena ugut tu.....
tapi ok la macam tu
ada jugaklah usaha untuk dapat keputusan yang best.....

bila tengok gelagat budak2 ni jawab exam
macam2 gaya ada
mesti time saya dulu pun macam ni jugak
mesti cikgu yang jaga exam tu pun fikir perkara yang sama saya fikir
mesti dia teringat zaman dia amik exam masa sekolah dulu
hehehe


ada yang garu kepala la
pandang kiri toleh kana
ada jugak yang khusyuk je jawab soalan
sampai takde masa nak angkat kepala
tau-tau je masa dah habis
hehe
time ni lah nak tengok leher zirafah
panjang je leher tu tengok jawapan kawan sebelah
ala, macam lah jawapan kawan dia tu betul
saya cakap kat diorang
kalau betul pun jawapan org sebelah tu
kadang2 kebetulan je...
hehehe


Thursday, May 19, 2011

cerita sebaliknya....

::::SELAMAT HARI GURU::::

16 Mei 2011
buat pertama kalinya dalam hidup saya ingin merasai sambutan hari guru
namun
apa yang diharapkan tidak dapat dilaksanakan
takpelah
bukan rezeki saya untuk menyambutnya tahun ini
hari guru yang sepatutnya disambut dengan meriah tidak berlaku
keterujaan saya untuk menyambutnya jua pudar
SEDIH RASA HATI MENGENANGKAN MUSIBAH YANG TERJADI

masih terngiang-ngiang ucapan pengetua
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
kerana kerbau seekor habis semua terpalit lumpurnya

siapa kita untuk menghukum orang lain???
kita ada peraturan, kita ada undang-undang
tindakan yang mengikut nafsu dan amarah
hanya memberikan kita sakit dan sengsara
sakitnya hati menanggung seksa
beban ditanggung lebih parah daripada luka cedera

hari guru yang sepatutnya disambut gembira
bertukar duka dan airmata
bukan hadiah ini yang kami mahukan
bukan hadiah ini yang kami nantikan
cukuplah hanya sekadar ucapan
SELAMAT HARI GURU
sudah mampu membuat kami tersenyum
tetapi
apa yang kami peroleh hari itu????

terima kasih
kerana masih ada yang menghargai
cuma suasana yang tegang itu membuatkan segalanya kelihatan muram....

:::HARI GURU PERTAMA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN:::