Thursday, November 17, 2011

..my BELATED birthday...

first of all
THANK YOU BERJUTA-JUTA LEMON
to all my students '1 pending 4'
for the surprise birthday party yesterday....

budak2 ni memang buat saya terkejutla
saya datang untuk jamuan akhir tahun kelas
sekali dari jauh lagi diorang da berkumpul sepanjang lorong
siap ada camerawoman lagi
time tu da pelik da....baik sungguh budak2 ni...ermmmmmmmmmmmm...

then masuk kelas skali lagi terkejut
mana taknye, kelas ni mmg nakal sangat budaknye
kalu masuk kelas tak marah dulu memang tak sah
tapi this time masuk2 je..
meja cantik je susun
diorg pun baik je.....

tetibe muji (ketua kelas) suh sume bangun
ingatkan nak bagi salam
rupanya diorang sume nyanyi lagu birthday
wah....hepi n tkejut gler masa tu....
hehehehehe

first year celebrate birthday sebagai seorang guru
kalu dulu masa jd student celebrate ngn member2
this year students wat surprise birthday party
rasa macam x caye je
ingatkan da xde birthday celebration da...huhu

kat cni jugak sy nak attach gambar2 masa birthday party tu
anyway
SEKALI LAGI
THANKS MY STUDENTS FOR THE BEST BIRTHDAY PARTY...
korang wat saya rasa muda macam korang jugak....hehehe












Tuesday, August 23, 2011

semakin terasa....


AIDILFITRI menjelang tiba....
bukan setakat kanak2 je yg x sabar nak beraya
kakak2, abang2, mak2, bapak2 pun da join da club
sibuk shopping raya
baju baru, langsir baru, perabot baru
bley dikatakan nak semua baru la..
tu belum lagi sibuk kat dapur
berbalang2 kuih raya da siap
x termasuk yg tunjuk2...hehehe
papepun
JANGAN MEMBAZIR sudahla....

kami seFAMILY pun da selesai bershopping raya
tahun ni meriah cket kot berbanding tahun2 sebelum ni
yela, saya dah bekerja
dah bergaji
dah dapat elaun raya....(eh, tu pun nk gtau ke)...hehe
biasalah, anak sulung n yg pertama dalam keluarga yang dah bekerja
jadi knela bermurah hati cket
bukan nk membazir
tp GEMBIRA sangat bila tengok adik2 TERUJA dapat macam2 barang baru

kalau sebelum ni family kami x pernah pasang lampu liplap-liplap
tahun ni rumah da bergemerlapan da dengan lampu tu
kalu sebelum ni xdenye nak pasang pelita
tapi sekarang cantiknya rumah waktu malam sebab disinari api pelita
dan yang paling penting
KEGEMBIRAAN family yang berlipat kali ganda
untuk menyambut Syawal tahun ni sangat2 menggembirakan saya...


lip-lap-lip-lap....:)

sukanya bila dia ceria..lalala

hati-hati...

ait, da besar pun men bunga api jugak!

budak kecik takut men bunga api...hehe



Wednesday, August 3, 2011

:::Chris Medina - What Are Words:::


" i'm forever keeping my angel close "


Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close

:::Aku Tak Bodoh:::


simple movie but for me
the values of this movie should be appreciated

enjoy watching:)

very suitable for those who was a
FATHER
MOTHER
SISTER
BROTHER

and also

TEACHERS

......

"Cikgu, buang pelajar tak akan menelesaikan masalah tapi hanya menambahkan lagi masalah sosial. Tak ada anak yang tak boleh diajar. Cuma mak bapak yang tak pandai mengajar. Masa saya kecil, tak ada orang pedulikan saya. Mungkin sebab tu saya tak pandai nak tunjukkan kasih sayang kepada anak saya...."

(kata-kata terakhir ayah Sudin kepada pengetua sekolah sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir)

...touching...



:)

Thursday, July 28, 2011

"jangan marah, nanti kena jual..."


sakitnya kepala ni
macam nak tercabut mata
huhu
tak suka bila sakit kepala macam ni datang
habis semua mood arini
nasib baik minggu ni minggu discussion soklan exam
tak payah nak penatkan otak fikir perkara yang kritikal
huhu


tengah fikir ni.....
apa yang menyebabkan migrain ni menyerang
start dari petang semalam da rasa sakit berdenyut-denyut kat kepala ni...
nak cakap makan durian
tak mungkin sebab semalam tengok orang makan durian je
tapi tak makan pun...huhu
nak cakap minum air bikarbonat
mungkin la kot tp minum sikit je
erm....


atau mungkin sebab semalam marah budak????
saya jarang marah budak
mungkin sakit kepala ni puncanya saya marah budak semalam
mana tak marah
ada student ngadu kat saya yang kelas saya dah jadi port budak dating
setiap kali waktu rehat ada je budak dating
geram jugak bila dengar
apa lagi, waktu rehat semalam saya ambush la kelas saya
memang betul
ada beberapa pasangan tengah berdating
apa lagi.....
bertubi-tubi la kena tembak
nasib baik saya tak laporkan pada unit disiplin
tapi kalu arini wat hal lagi
ha, jawabla ngn cikgu disiplin!!!!



MUNGKINKAH MARAH MENJADI PUNCA SAKIT KEPALA NI????
saya rasa ye la kot....:(



Thursday, July 14, 2011

:::3 2 1 CINTA:::

PERIGI CARI TIMBA
"nisbah wanita kepada lelaki ialah 37:1, aku taknak keseorangan, aku taknak kesunyian tanpa seorang teman lelaki menjelang tahun 2020"....(Siti Aishah Mohamad)

"aku tak pernah jumpa perigi cari timba yang mengerikan macam ko ni,,,,tapi aku suka sebab ko ikhlas..." (Fariz)

Wednesday, July 13, 2011

...jOm makan, Chekgu...:)


alhamdulilllah
murah sungguh rezeki hari ni
apa taknye
kat bilik guru ada makan free
macam-macam ada
nape?
tak percaya eh?
jom tengok gambar-gambar ni.....
yummy...yummy...






terima kasih kepada yg sponsor makan-makan arini
semoga kalian dimurahkan rezeki olehNya...


Friday, July 8, 2011

:::Gadis dan HPV:::


suntikan HPV?????
ape tu? kenapa perlu?
baru2 ni di sekolah saya telah diadakan suntikan HPV kepada pelajar2 yg layak
ini bukan suntikan pertama mereka
tapi gayanye..mcm suntikan pertama je
muka masing2 mcm sakit sgt...
hehe

jom tengok gelagat diorang nie...:)


its the best for our future...:)






Monday, July 4, 2011

:::my ROSES is yours:::

siNce i wAs fiFteEn
hE aLwaYs gAve mE rOsEs
aFter sEveN yeArs...
hE cOmes aGain iN mY liFe
tHis tiMe
wE wiLL neVer
Let dOwn tHe LOVE thAt wE haVe...

aNd hE stiLL giVe mE tHe ROSES
eVerytiMe wE mEt...:)




mAy ALLAH bLess oUr reLatiOnshIp
iNsyaAllah...

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK Clifford, Kuala Lipis


khemah pelajar-pelajar perempuan


'banner' majlis perasmian penutupan

Perasmi Majlis Penutupan Perkhemaha Bersepadu Unit Beruniform SMK Clifford
:::Datuk Siti Nurhaliza:::
Alumni SMK Clifford

tabik hormat dari pasukan kadet polis SMK Clifford

pasukan pancaragam SMK Clifford

Datuk Siti buat kejutan dengan mempersembahkan 2 buah lagu
:::Destinasi Cinta & Kenangan Terindah:::

antara 'shot' yg menarik sepanjang kehadiran Datuk Siti di SMK Clifford

hehehehe....:)







Saturday, June 11, 2011

alhamdulillah

saya berjaya pergi RAUB hari ni
mungkin bagi sesape yang baca ni
taklah hebat sangat
yelah
setakat g raub dari sungai koyan ni
just 1 jam perjalanan nek kete je
tapi bagi saya
ia sangat bermakna....

dah sebulan lebih dah kejadian tu berlaku
mengenangkan kejadian tu
saya sangat takut untuk nek kereta
apatah lagi nak g ke raub
mana tak nye
accident tu berlaku on the way nak g raub
sampai sekarang saya masih lagi teringat-ingat kejadian tu

ya Allah
kuatkanlah hati saya dalam menghadapi dugaanMu ini
tabahkanlah diri ini dalam menempuh onak duri kehidupan ini...

sepanjang perjalanan ke raub hari ni
saya lebih banyak mendiamkan diri bila berada dalam kereta
rasa cemas, takut, bimbang
semua ada
namun
terima ABANG kerana memahami saya
saya tau abang juga risaukan saya
jangan risau
mungkin ini jalan untuk menguatkan saya
dalam menghadapi dugaan ini

sebenarnya tidak susah untuk kita keluar dari rasa takut itu
jika kita benar-benar mahu
semuanya kita akan perolehi....
sabar, tawakal dan sentiasalah berdoa kepada Allah
Allah itu Maha Mendengar
kuatkan hati, tabahkan jiwa
semuanya akan baik-baik saja......

Sunday, June 5, 2011

:::tHanks fOr the fiRst sTep:::

"they dont know how long its take, waiting for a love like this..."

thanks dear for the first step
saya sangat-sangat menghargainya
kini saya betul-betul yakin
dengan ketulusan dan keikhlasan abang dalam hubungan kita ni

terlalu lama rasanya masa berlalu
baru sekarang kita tersedar
sejauh mana kita pergi
selama mana kita terpisah
kalau takdir sudah tertulis
saya bersyukur
hadirnya abang dalam hidup saya sangat-sangat saya hargai

suatu ketika dulu
hati ni pernah disakiti
sakit sangat sehingga lupa macam mana nak senyum
lupa tentang ketentuan Allah
lupa tentang segalanya

namun
apa yang saya sangka menamatkan kehidupan saya
rupa-rupanya memberikan saya cahaya dalam meneruskan kehidupan ni
terima kasih abang
kerana mengembalikan semula senyuman saya yang telah hilang suatu ketika dulu

abang
terima kasih kerana menerima saya seadanya
terima kasih kerana sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk saya
terima kasih kerana berada di sisi saya ketika saya bersedih
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
menjadikan hidup saya lebih bermakna....

Monday, May 23, 2011

:::exam OH exam:::


warghhhhhh,,,,,,
boringnye sekarang ni.....
bebudak tengah berkerut dahi jawab exam
susah ke soalannye ek...huhu
dah la tengah jawab paper yang saya ajar
SCIENCE PAPER 2
tapi kalu tengok pada soalan
rasanye takdelah susah sangat
kalu dah study
baca nota yang saya bagi, baca buku teks
buat latihan yang saya suruh
mesti bley jawab punyerrrrrr.....


teringat zaman-zaman sekolah dulu
saya ni jenis yang study bila nak exam je
xbley study awal2, nanti lupa...hehe
apa yang penting, usaha untuk buat yang terbaik
sbb mak cakap
kalau tak dapat nombor 1, 2, 3
mak taknak datang perjumpaan PIBG sekolah
hahahaha
kena ugut tu.....
tapi ok la macam tu
ada jugaklah usaha untuk dapat keputusan yang best.....

bila tengok gelagat budak2 ni jawab exam
macam2 gaya ada
mesti time saya dulu pun macam ni jugak
mesti cikgu yang jaga exam tu pun fikir perkara yang sama saya fikir
mesti dia teringat zaman dia amik exam masa sekolah dulu
hehehe


ada yang garu kepala la
pandang kiri toleh kana
ada jugak yang khusyuk je jawab soalan
sampai takde masa nak angkat kepala
tau-tau je masa dah habis
hehe
time ni lah nak tengok leher zirafah
panjang je leher tu tengok jawapan kawan sebelah
ala, macam lah jawapan kawan dia tu betul
saya cakap kat diorang
kalau betul pun jawapan org sebelah tu
kadang2 kebetulan je...
hehehe


Thursday, May 19, 2011

cerita sebaliknya....

::::SELAMAT HARI GURU::::

16 Mei 2011
buat pertama kalinya dalam hidup saya ingin merasai sambutan hari guru
namun
apa yang diharapkan tidak dapat dilaksanakan
takpelah
bukan rezeki saya untuk menyambutnya tahun ini
hari guru yang sepatutnya disambut dengan meriah tidak berlaku
keterujaan saya untuk menyambutnya jua pudar
SEDIH RASA HATI MENGENANGKAN MUSIBAH YANG TERJADI

masih terngiang-ngiang ucapan pengetua
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
kerana kerbau seekor habis semua terpalit lumpurnya

siapa kita untuk menghukum orang lain???
kita ada peraturan, kita ada undang-undang
tindakan yang mengikut nafsu dan amarah
hanya memberikan kita sakit dan sengsara
sakitnya hati menanggung seksa
beban ditanggung lebih parah daripada luka cedera

hari guru yang sepatutnya disambut gembira
bertukar duka dan airmata
bukan hadiah ini yang kami mahukan
bukan hadiah ini yang kami nantikan
cukuplah hanya sekadar ucapan
SELAMAT HARI GURU
sudah mampu membuat kami tersenyum
tetapi
apa yang kami peroleh hari itu????

terima kasih
kerana masih ada yang menghargai
cuma suasana yang tegang itu membuatkan segalanya kelihatan muram....

:::HARI GURU PERTAMA YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN:::



Monday, February 14, 2011

Perfect Two by Auburn


PERFECT TWO by AUBURN
you can be the peanut butter to my jelly
you can be the butterflies i fell in my belly
you can be the captain and i can be your first mate
you can be the chills that i fell on our first date
you can be the hero and i can be your side kick
you can be the tear that i cry if we ever split
you can be the rain from the cloud when it's storming
or you can be the sun when it shines in the morning
don't know if i could ever be
without you cause boy you complete me
and in time i know that we'll both see
that we're all we need
cause your the apple to my pie
you're the straw to my berry
you're the smoke to my high
and you're the one i wanna marry
cause you are the one for me
and i'm the one for you
you take the both of us
and we're the perfect two
we're the perfect two
we're the perfect two
baby me and you
we're the perfect two
you can be the prince and i can be the princess
you can be the sweet tooth and i can be the dentist
you can be the shoes and i can be the laces
you can be the heart that i spill on the pages
you can be the v**** and i can be the chaser
you can be the pencil and i can be the paper
you can be as cold as winter weather
but i don't care as long as we're together...

Sunday, February 13, 2011

salah tempat daa....

Assalamualaikum....

Wah, agak lama juga saya tak menulis di blog saya ni. Beberapa kekangan membataskan saya untuk selalu menulis di sini....namun, di saat ini, saya memperoleh sedikit ruang untuk menulis pengalaman saya pada hari ini....

Nak cakap seronok, bley tahanla...tapi agak memalukan juga...huhu...pagi tadi, saya bersama pakcik, makcik dan mak saya pergi ke Pasar Padang Tengku. Xdela jauh sangat pasar tu dari rumah saya. Dalam 20minit perjalanan menaiki kereta sampailah...

Biasalah kalu dah namanya pasar, mesti sesak. Nak cari parking kereta pun susah. Pusing2 cari parking kereta, jumpalah satu tempat ni. Tapi rumput kat kawasan ni agak panjanglah. Elok2 je masuk area tu, terus kereta sangkut. Alaamak, ada takungan air plak kat sini rupanya...x nmpak la pulak tadi...

Pakcik try tekan minyak n nak reverse kereta...tp xbley. Asal reverse je, lumpur terpercik2....habis kotor kete dia...kesian dia...huhu. Nasib baik ada hamba Allah ni datang membantu...

Kebetulan pulak, ada tali di tempat kejadian. Apalagi, dengan menggunakan tali yg ada, kitorang pun ikat la tali tu kat kete pakcik n kete hamba Allah tadi. Then, bermulalah aktiviti menarik kereta keluar dari kawasan yang tersangkut tadi.

Cubaan pertama GAGAL...tali terputus....try lagi skali...alhamdulillah, cubaan kedua berjaya....kereta pakcik berjaya ditarik keluar....happy ending...hehe

TETAPI, tahap kekotoran kereta dia memang terukla...penuh lumpur...tu belum kira lagi org2 yang bertanya kenapa kereta jadi mcm tu....haha...sampai je kat Koyan (kampung saya), terus pergi Carwash....

Moral of the story, before nak parking kereta...pastikan tempat tu btul2 selamat untuk diparking....hehe...ni ada gambar2 semasa kejadian berlaku....:)







Sunday, January 16, 2011

Dengarlah nasihat kami...

Program orientasi pelajar asrama tingkatan 1 dan 2 akan berakhir beberapa jam saja lagi. Macam-macam perkara berlaku sepanjang program ini dilaksanakan. Apa yang membuatkan saya menulis tentang program ni ialah kepentingan mendengar pendapat orang yang berpengalaman. Atau lebih tepat lagi, dengar cakap CIKGU....

Program ni diuruskan oleh exco2 asrama. Kami, para warden hanya menjadi pemantau sahaja. Bukan apa, mereka mahu membuktikan kepada kami bahawa mereka mampu melaksanakan program ini dengan jayanya tanpa kami. Kami sedikit berkecil hati dengan segelintir ahli exco yang merasakan mereka dah cukup besar untuk melakukan semua tu..

Tapi xpe, kami tetap memantau setiap aktiviti yang mereka lakukan bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin....

Aktiviti pertama yang mereka lakukan ialah night walk. Kami tidak bersetuju dengan aktiviti ni sebab keadaan skolah yg tidak mengizinkan. Macam2 perkara dah berlaku sebelum ni bila aktiviti seperti tu dilakukan. Sehinggakan pihak sekolah tidak lagi membenarkan aktiviti tu dilaksanakan. Namun, kedegilan pihak exco utk melakukan aktiviti tu menyebabkan kami berasa amat marah. Mereka tetap mahu melakukannya. Akibatnya, seorang pelajar perempuan pengsan kerana ketakutan. Ironinya, pelajar tu merupakan adik kepada salah seorang ahli exco. Bila perkara macam tu berlaku, warden juga yang perlu turun padang walaupun sebelum ini exco mengatakan bahawa mereka yang akan bertanggungjawab sepenuhnya jika prkara yang x diingini berlaku. Atas dasar tanggungjawab sebagai warden asrama, kami tetap membantu.

Seharusnya, mereka mengambil iktibar tentang apa yang berlaku pada mlm tu. Namun, sekali lagi mereka tidak mahu mendengar nasihat para warden. Aktiviti explorace dilakukan pada sebelah pagi keesokan harinya. Sorang lagi pelajar perempuan pengsan kerana migrain. Kami sudah bagitau, explorace ni akan mengundang risiko yang tinggi kepada pelajar. Keselamatan perlu diutamakan. Alasannya, dah nak jadi...nak wat camne....hurm....warden jugak yang kena bawa pelajar tu ke hspital.....

Malam persembahan pelajar....malam yang menyebabkan 3 orang exco (2 laki, sorang pmpuan) dah 'terkena' dan majoriti pelajar perempuan serta segelintir pelajar laki menangis. Alkisahnya, ada 1 group buat persembahan bertemakan seram. Mereka melakukan pemujaan roh di mana mereka menyeru roh dengan menggunakan perkataan seru yang agak menyeramkan. Ditambah dengan adegan menjerit, histeria dan lakonan hantu yang menyeramkan....memang tidak sesuai dilakukan. Apatah lagi di dewan tersebut....natijahnya, 2 orang exco yg menjadi fasilitator kumpulan tersebut, yang juga memberikan idea utk buat persembahan tersebut 'terkena'. Yg perempuan menangis, yg laki pula x sedarkan diri....

Kami sudah berpesan banyak kali. Setiap aktiviti yang nak dilakukan, mesti utamakan keselamatan. Memang seronok aktiviti2 tu, tapi keseronokan tidak dpt menggantikan kedukaan yang terjadi....saya sendiri demam hari ni kerana peristiwa malam persembahan pelajar semalam....

CIKGU hanya mahu yang terbaik untuk pelajar2nya. Memang kamu dah besar, tapi bila kamu tinggal di asrama, kamu masih di bawah jagaan kami....apa yang berlaku, jadikan iktibar. Sentiasalah mendengar nasihat CIKGU....

Friday, January 14, 2011

Sehelai baju PJ....

Assalamualaikum...

Wah, da lama tak berkesempatan untuk menulis di blog ni. Saya sangat busy sepanjang hari persekolahan. Facebook pun dah jarang online inikan pula nak menulis di blog....huhu....

Banyak juga cerita yang nak dikongsikan bersama tapi masa tak mengizinkan saya untuk menulis panjang2. Ada kerja yang sedang menanti di luar sana walaupun waktu sekarang dah pukul 10.32 malam...huhu....

Actually, masa tengah buat report untuk orientasi saya sebagai guru permulaan, tetibe terdetik kat hati ni nak tulis tentang sesuatu yang berlaku pagi tadi. Kisahnye takdelah seronok sangat tapi agak menyentuh hati saya....

Hari ini saya ngajar PJK dari pukul 7.30 pagi smpai 10.10 pagi. Enam kelas semuanya. Penat sangat sebab sorang cikgu nak handle 67 @ 55 pelajar dalam satu masa....tapi alhamdulillah, pelajar2 sekolah ni senang diberi arahan. Dalam ramai2 tu, ada jugak yang tak pakai baju PJ. Kalau masa saya sekolah dulu, tak pakai baju PJ mesti kena denda. Hah, pakaila baju sekolah tu n lari pusing padang....huhu.

Saya pun kononnye nak wat garang la. Pegilah saya ni menyoal siasat nape diorang ni x pkai baju sekolah. Beselah, macam2 alasan diberi. Saya ni pulak bukannye reti nak jadi garang. Berlakon je lebih. Haha. Takpelah, for the first time saya maafkan....

Tapi, ada la seorang hamba Allah ni. Terusik jugalah hati saya bila dengar alasan dia. Bila saya berdepan dengan dia masa tu, saya dapat lihat mata dia berkaca-kaca menahan tangisan...saya pun tanyala dia nape x pakai baju PJ..dalam keadaan dia tahan diri daripada nangis tu, dia pun bagitaulah sebabnye.

Petang semalam, adik dia, abang dia dan dia berebut-rebut nak pkai baju PJ g sekolah pada hari ni. Kebetulan hari ni diorang sume ada PJ. Pastu ayah dia suruh bagi baju PJ tu kepada abang dia. So, dia n adik dia terpaksalah mengalah.....

Sehelai baju kongsi 3 orang.........renung-renungkan.....

Monday, January 3, 2011

Selamat kembali ke SEKOLAH

3 Januari 2011

Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2011. Saya nk ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SELAMAT MENDIDIK ANAK BANGSA bagi para guru dan SELAMAT MENUNTUT ILMU bagi putera puteri harapan negara.

Pelbagai ragam dan gelagat para pelajar pada hari pertama sesi persekolahan mereka. Pengalaman saya dalam menguruskan sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu semalam sedikit sebanyak membantu saya dalam berdepan dengan mereka hari ini. Terasa sangat penat. Mana tak nye, selesai urusan di sekolah, urusan di asrama pula. Tanggungjawab yang cukup besar untuk digalas.
Pengalaman pertama mengajar saya untuk bersabar, berkorban waktu dan erti kesyukuran. Kadang2 saya rasa saya tidak mampu lagi nak teruskan langkah di sini....tapi, saya selalu berkata pada diri sendiri...KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA SAYA TIDAK BOLEH????...SAYA MESTI BOLEH...