Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2011. Saya nk ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SELAMAT MENDIDIK ANAK BANGSA bagi para guru dan SELAMAT MENUNTUT ILMU bagi putera puteri harapan negara.
Pelbagai ragam dan gelagat para pelajar pada hari pertama sesi persekolahan mereka. Pengalaman saya dalam menguruskan sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu semalam sedikit sebanyak membantu saya dalam berdepan dengan mereka hari ini. Terasa sangat penat. Mana tak nye, selesai urusan di sekolah, urusan di asrama pula. Tanggungjawab yang cukup besar untuk digalas.
Pengalaman pertama mengajar saya untuk bersabar, berkorban waktu dan erti kesyukuran. Kadang2 saya rasa saya tidak mampu lagi nak teruskan langkah di sini....tapi, saya selalu berkata pada diri sendiri...KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA SAYA TIDAK BOLEH????...SAYA MESTI BOLEH...
No comments:
Post a Comment