Sunday, January 16, 2011

Dengarlah nasihat kami...

Program orientasi pelajar asrama tingkatan 1 dan 2 akan berakhir beberapa jam saja lagi. Macam-macam perkara berlaku sepanjang program ini dilaksanakan. Apa yang membuatkan saya menulis tentang program ni ialah kepentingan mendengar pendapat orang yang berpengalaman. Atau lebih tepat lagi, dengar cakap CIKGU....

Program ni diuruskan oleh exco2 asrama. Kami, para warden hanya menjadi pemantau sahaja. Bukan apa, mereka mahu membuktikan kepada kami bahawa mereka mampu melaksanakan program ini dengan jayanya tanpa kami. Kami sedikit berkecil hati dengan segelintir ahli exco yang merasakan mereka dah cukup besar untuk melakukan semua tu..

Tapi xpe, kami tetap memantau setiap aktiviti yang mereka lakukan bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin....

Aktiviti pertama yang mereka lakukan ialah night walk. Kami tidak bersetuju dengan aktiviti ni sebab keadaan skolah yg tidak mengizinkan. Macam2 perkara dah berlaku sebelum ni bila aktiviti seperti tu dilakukan. Sehinggakan pihak sekolah tidak lagi membenarkan aktiviti tu dilaksanakan. Namun, kedegilan pihak exco utk melakukan aktiviti tu menyebabkan kami berasa amat marah. Mereka tetap mahu melakukannya. Akibatnya, seorang pelajar perempuan pengsan kerana ketakutan. Ironinya, pelajar tu merupakan adik kepada salah seorang ahli exco. Bila perkara macam tu berlaku, warden juga yang perlu turun padang walaupun sebelum ini exco mengatakan bahawa mereka yang akan bertanggungjawab sepenuhnya jika prkara yang x diingini berlaku. Atas dasar tanggungjawab sebagai warden asrama, kami tetap membantu.

Seharusnya, mereka mengambil iktibar tentang apa yang berlaku pada mlm tu. Namun, sekali lagi mereka tidak mahu mendengar nasihat para warden. Aktiviti explorace dilakukan pada sebelah pagi keesokan harinya. Sorang lagi pelajar perempuan pengsan kerana migrain. Kami sudah bagitau, explorace ni akan mengundang risiko yang tinggi kepada pelajar. Keselamatan perlu diutamakan. Alasannya, dah nak jadi...nak wat camne....hurm....warden jugak yang kena bawa pelajar tu ke hspital.....

Malam persembahan pelajar....malam yang menyebabkan 3 orang exco (2 laki, sorang pmpuan) dah 'terkena' dan majoriti pelajar perempuan serta segelintir pelajar laki menangis. Alkisahnya, ada 1 group buat persembahan bertemakan seram. Mereka melakukan pemujaan roh di mana mereka menyeru roh dengan menggunakan perkataan seru yang agak menyeramkan. Ditambah dengan adegan menjerit, histeria dan lakonan hantu yang menyeramkan....memang tidak sesuai dilakukan. Apatah lagi di dewan tersebut....natijahnya, 2 orang exco yg menjadi fasilitator kumpulan tersebut, yang juga memberikan idea utk buat persembahan tersebut 'terkena'. Yg perempuan menangis, yg laki pula x sedarkan diri....

Kami sudah berpesan banyak kali. Setiap aktiviti yang nak dilakukan, mesti utamakan keselamatan. Memang seronok aktiviti2 tu, tapi keseronokan tidak dpt menggantikan kedukaan yang terjadi....saya sendiri demam hari ni kerana peristiwa malam persembahan pelajar semalam....

CIKGU hanya mahu yang terbaik untuk pelajar2nya. Memang kamu dah besar, tapi bila kamu tinggal di asrama, kamu masih di bawah jagaan kami....apa yang berlaku, jadikan iktibar. Sentiasalah mendengar nasihat CIKGU....

No comments:

Post a Comment