Sunday, January 16, 2011

Dengarlah nasihat kami...

Program orientasi pelajar asrama tingkatan 1 dan 2 akan berakhir beberapa jam saja lagi. Macam-macam perkara berlaku sepanjang program ini dilaksanakan. Apa yang membuatkan saya menulis tentang program ni ialah kepentingan mendengar pendapat orang yang berpengalaman. Atau lebih tepat lagi, dengar cakap CIKGU....

Program ni diuruskan oleh exco2 asrama. Kami, para warden hanya menjadi pemantau sahaja. Bukan apa, mereka mahu membuktikan kepada kami bahawa mereka mampu melaksanakan program ini dengan jayanya tanpa kami. Kami sedikit berkecil hati dengan segelintir ahli exco yang merasakan mereka dah cukup besar untuk melakukan semua tu..

Tapi xpe, kami tetap memantau setiap aktiviti yang mereka lakukan bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin....

Aktiviti pertama yang mereka lakukan ialah night walk. Kami tidak bersetuju dengan aktiviti ni sebab keadaan skolah yg tidak mengizinkan. Macam2 perkara dah berlaku sebelum ni bila aktiviti seperti tu dilakukan. Sehinggakan pihak sekolah tidak lagi membenarkan aktiviti tu dilaksanakan. Namun, kedegilan pihak exco utk melakukan aktiviti tu menyebabkan kami berasa amat marah. Mereka tetap mahu melakukannya. Akibatnya, seorang pelajar perempuan pengsan kerana ketakutan. Ironinya, pelajar tu merupakan adik kepada salah seorang ahli exco. Bila perkara macam tu berlaku, warden juga yang perlu turun padang walaupun sebelum ini exco mengatakan bahawa mereka yang akan bertanggungjawab sepenuhnya jika prkara yang x diingini berlaku. Atas dasar tanggungjawab sebagai warden asrama, kami tetap membantu.

Seharusnya, mereka mengambil iktibar tentang apa yang berlaku pada mlm tu. Namun, sekali lagi mereka tidak mahu mendengar nasihat para warden. Aktiviti explorace dilakukan pada sebelah pagi keesokan harinya. Sorang lagi pelajar perempuan pengsan kerana migrain. Kami sudah bagitau, explorace ni akan mengundang risiko yang tinggi kepada pelajar. Keselamatan perlu diutamakan. Alasannya, dah nak jadi...nak wat camne....hurm....warden jugak yang kena bawa pelajar tu ke hspital.....

Malam persembahan pelajar....malam yang menyebabkan 3 orang exco (2 laki, sorang pmpuan) dah 'terkena' dan majoriti pelajar perempuan serta segelintir pelajar laki menangis. Alkisahnya, ada 1 group buat persembahan bertemakan seram. Mereka melakukan pemujaan roh di mana mereka menyeru roh dengan menggunakan perkataan seru yang agak menyeramkan. Ditambah dengan adegan menjerit, histeria dan lakonan hantu yang menyeramkan....memang tidak sesuai dilakukan. Apatah lagi di dewan tersebut....natijahnya, 2 orang exco yg menjadi fasilitator kumpulan tersebut, yang juga memberikan idea utk buat persembahan tersebut 'terkena'. Yg perempuan menangis, yg laki pula x sedarkan diri....

Kami sudah berpesan banyak kali. Setiap aktiviti yang nak dilakukan, mesti utamakan keselamatan. Memang seronok aktiviti2 tu, tapi keseronokan tidak dpt menggantikan kedukaan yang terjadi....saya sendiri demam hari ni kerana peristiwa malam persembahan pelajar semalam....

CIKGU hanya mahu yang terbaik untuk pelajar2nya. Memang kamu dah besar, tapi bila kamu tinggal di asrama, kamu masih di bawah jagaan kami....apa yang berlaku, jadikan iktibar. Sentiasalah mendengar nasihat CIKGU....

Friday, January 14, 2011

Sehelai baju PJ....

Assalamualaikum...

Wah, da lama tak berkesempatan untuk menulis di blog ni. Saya sangat busy sepanjang hari persekolahan. Facebook pun dah jarang online inikan pula nak menulis di blog....huhu....

Banyak juga cerita yang nak dikongsikan bersama tapi masa tak mengizinkan saya untuk menulis panjang2. Ada kerja yang sedang menanti di luar sana walaupun waktu sekarang dah pukul 10.32 malam...huhu....

Actually, masa tengah buat report untuk orientasi saya sebagai guru permulaan, tetibe terdetik kat hati ni nak tulis tentang sesuatu yang berlaku pagi tadi. Kisahnye takdelah seronok sangat tapi agak menyentuh hati saya....

Hari ini saya ngajar PJK dari pukul 7.30 pagi smpai 10.10 pagi. Enam kelas semuanya. Penat sangat sebab sorang cikgu nak handle 67 @ 55 pelajar dalam satu masa....tapi alhamdulillah, pelajar2 sekolah ni senang diberi arahan. Dalam ramai2 tu, ada jugak yang tak pakai baju PJ. Kalau masa saya sekolah dulu, tak pakai baju PJ mesti kena denda. Hah, pakaila baju sekolah tu n lari pusing padang....huhu.

Saya pun kononnye nak wat garang la. Pegilah saya ni menyoal siasat nape diorang ni x pkai baju sekolah. Beselah, macam2 alasan diberi. Saya ni pulak bukannye reti nak jadi garang. Berlakon je lebih. Haha. Takpelah, for the first time saya maafkan....

Tapi, ada la seorang hamba Allah ni. Terusik jugalah hati saya bila dengar alasan dia. Bila saya berdepan dengan dia masa tu, saya dapat lihat mata dia berkaca-kaca menahan tangisan...saya pun tanyala dia nape x pakai baju PJ..dalam keadaan dia tahan diri daripada nangis tu, dia pun bagitaulah sebabnye.

Petang semalam, adik dia, abang dia dan dia berebut-rebut nak pkai baju PJ g sekolah pada hari ni. Kebetulan hari ni diorang sume ada PJ. Pastu ayah dia suruh bagi baju PJ tu kepada abang dia. So, dia n adik dia terpaksalah mengalah.....

Sehelai baju kongsi 3 orang.........renung-renungkan.....

Monday, January 3, 2011

Selamat kembali ke SEKOLAH

3 Januari 2011

Hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2011. Saya nk ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH, SELAMAT MENDIDIK ANAK BANGSA bagi para guru dan SELAMAT MENUNTUT ILMU bagi putera puteri harapan negara.

Pelbagai ragam dan gelagat para pelajar pada hari pertama sesi persekolahan mereka. Pengalaman saya dalam menguruskan sesi pendaftaran pelajar tingkatan satu semalam sedikit sebanyak membantu saya dalam berdepan dengan mereka hari ini. Terasa sangat penat. Mana tak nye, selesai urusan di sekolah, urusan di asrama pula. Tanggungjawab yang cukup besar untuk digalas.
Pengalaman pertama mengajar saya untuk bersabar, berkorban waktu dan erti kesyukuran. Kadang2 saya rasa saya tidak mampu lagi nak teruskan langkah di sini....tapi, saya selalu berkata pada diri sendiri...KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA SAYA TIDAK BOLEH????...SAYA MESTI BOLEH...