Wednesday, December 29, 2010

12.11am....

Bermula minggu ni, saya da start kena datang sekolah utk cukupkan 1 bulan orientasi dalam cuti sekolah. So, kenalah menetap kat bilik warden asrama. Kebetulan Kak Rahimah pun ada jugak. Minggu ni nmpaknye kitorang berdua jadi penunggu asrama la....hehe...
Bila malam menjelma, perasaan takut tu ada la. Tapi berdua kan, jadi kuat semangat juga la. Malam tadi, macam biasa, bila dah nak dekat kul 11, sy pun masuk bilik nak tdo. Lampu sume da tutup. Then, tak lama pastu, Kak Rahimah pun masuk bilik dia. Tengah dok tergolek2 cari mood nak tdo, tetiba telinga ni terdengar sesuatu yang agak tak menyelesakan keadaan...
Apalagi, pejam mata rapat2 la. Tapi telinga tetap dapat dengar dengan jelas suara tu walaupun da tutup dengan bantal. Mula2 bunyi suara pmpuan ketawa, makin lama makin panjang pulak ketawanye....tengok jam dalam pukul 12.11am....tengah2 malam mcm ni, pmpuan mn lak yang ketawa mcm tu...huhu....tangan ni meraba2 cari surah yasin yg saya letak kat sebelah kepala. Jumpa....rasa lega....
Think positive....bunyi binatang kot...tapi, tetiba bunyi anjing menyalak. Bersahut-sahutan plak tu. Time tu, badan dah gigil da. Memang takut giler. Dok senyap dalam bilik jela....kul 12.15am da xde da bunyi tu. nasib bek kejap je. Tetiba henset bergetar plak. Rupa2nye Kak Rahimah mesej. Dia tanya da tdo ke belum. Pas baca mesej dia, terus saya bangun n memberanikan diri p bilik dia. Kak Rahimah tanya, dengar tak bunyi td....mestilah sy dengar. Lepas tu, terus amik tilam, bantal n selimut Kak Rahimah bawak ke bilik sy, tdo berdua kat bilik sy.....
Alhamdulillah, takde pape yang x diingini berlaku...cuma sy x dpt nk tdo...kalu tdo pun, jap2 tsedar,,,,huhu...itulah pengalaman pertama saya dengar mende2 mcm tu....takut sangat tapi syukur alhamdulillah, masih sihat lagi hari ni....semoga malam ni dan mlm2 seterusnya sy tidak diganggu lagi.....
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam

Tuesday, December 28, 2010

TERSEPIT!!!!

Separuh daripada hari ini saya menghabiskan masa dalam bilik mesyuarat. Perghhh, terasa tersangatlah lama bertapa di situ sehingga kepala dah tingtong tahap maksimum dah,,,tepu mendengar segala macam penerangan dan input2 penting untuk sesi persekolahan 2011 nanti. Pelbagai jawatan telah berjaya disandang oleh saya (tanggungjawab yang amat berat tu)...apapun, saya akan buat yang terbaik nanti...:)
Namun, bukan itu menjadi topik utama untuk saya menulis di blog ni sekarang. Ada cerita yang lebih menarik selain daripada mesyuarat tu. Ceritanya bermula selepas mesyuarat tamat. Selepas sumenye selesai, saya dan 3 orang kengkawan saya (cikgu2 senior yang sekepala) pegi la bandar. Survey2 barang sampai x sedar kat lua tu ujan punyalah lebat. Dah tu, lepak la kedai lampu tu lama2. Banyak jugakla lampu yang laku...hehe.
Bila ujan da benti, kitorang pun pegi la kat kete. Salah sorang drpd ktorang x dapat nak masuk kete sebab ada air kat belah pintu dia...sebelum tu, kitorang nampak ada kucing bawah kete tu. Dah halau kucing tu n also da tertonggeng2 tgk sama ada kucing tu da lari ke belum serta da sahkan kucing tu da takde (bape kali nak tulis 'da' la)...kete pun bergerak2la pelan2 sebelum kwn yg sorg lagi dapat masuk.
Tetibe, dengar bunyi mcm langgar sesuatu.....jeng..jeng...jeng.....member kat lua da ketuk2 tingkap da....ktorang buka je tingkap, dengar bunyi kucing.....macam kucing tu menjerit2 je mintak tolong (ni hiperbola la pulak)...huhu. Ktorang yg kat dalam kete ni da kecut perut da. "Ada kucing kat tayar!!!!!!!"....mcm mn ni???? kucing hidup lagi sebab dia berbunyi....sedih2.... "nak gerak ke depan ke, ke belakang ni???" kucing kat tayar.....panik sekejap...nak kua kete da takut da. Kawan yang sorang kat lua tu pun da kecut da...
Nasib menyebelahi kucing tu...rupa2nye dia just TERSEPIT kat tayar je, xde kecederaan...n yg penting, xde pertumpahan darah....:) Nasib baik la kawan yg sorg tu x dapat masuk kete sebab ada air kat sebelah pintu dia, n nasib baik jugak drive slow before dengar bunyi kucing tu...kalau takkkkk????
Moral of the story, kalau ada kucing melepak di bawah kenderaan anda, pastikn kucing tu betul2 da xde baru la anda boleh memulakan perjalanan anda....PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. INGATLAH ORANG TERSAYANG...:)

Monday, December 27, 2010

Penatlah pagi ni...

Warghhhhhh....kembali ke sekolah hari ni...bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Sampai sekolah pukul 7.30 pagi. Terus pegi pejabat nak punch card. Tgk kat tempat punch card tu...aik, mn plak saya punya kad....ish.ish..ish...xdepun...tanya kak kerani...dia cakap macam ni..."ooo, cikgu start sekolah nanti baru punch card"....haish, nape tak gtau awal2. kalu tak, xdela rushing td..hehe...

Pastu pegi jumpe sorang lagi kerani sbb nk mintak kunci asrama.."xdepun Cikgu Hazieta bagi kunci asrama kat akak..." ah sudah, macam mana nk letak barang dlm umah ni??? Tepon Kak Hazieta lak. Lor, dia bagi kunci kat kerani yang sorang lagi rupanye. Pastu kerani tu x sampai pejabat lagi. Kena tunggu dia plak...huhu...

Beberapa minit kemudian, sampai jugak akak ni...hehe. Dapatlah kunci rumah warden asrama. Ha, masa tunggu akak kerani tu sampai, lepak la dalam pejabat tu. Dengar orang2 dalam pejabat tu kecoh2. Rupa2nye bilik Tuan Pengetua banjir...kesian dia...mana la datangnye air tu...huhu..

Sebelum turun dari pejabat, sempat plak tanya kerani pasal duit gaji. Yela, nak confirmation je pasal duit gaji yang tak sama ngan member2. Ada kata dapat elaun seribu tapi sy x dapat pun. Ermmm...kerani cakap memang tak dapat. Kalu dapat elaun tu, maybe sekolah dia pedalaman. Tapi diorang pny sekolah xdela pedalaman pun. Pastu kerani kata, sape yg dpt tu maybe nnti kena pulangkan balik. Ada plak kes mcm tu ek. Tapi xpela, gaji yang dapat tu pun da cukup. Ok pe, baru sebulan keje da dapat gaji. Dulu dengar orang2 ckp, 3 bulan keje baru dpt gaji..hehe...

Ok, da habis hal kat pejabat. Pastu, terus pergi hantar barang2 ke asrama. Siap sume, pegi sarapan pagi lak, beli barang2 cket n lastly, kembali ke sekolah smula....pagi yang memenatkan....

Thursday, December 9, 2010

QUOTES on purposeful living

New books for library! As the Library Assistant, Pn Badariah recorded the books, i saw the "Reader's Digest"....arghhh, i remember one of my friend who was now worked as a teacher at Sarawak. She likes reading this book...but i am not the bookworm like her...
However, today i got the mood to read this book...one page to another page and now i stop at page 73, the quotes on purposeful living...ting! i got an idea. I want to share the quotes with my friends...so, i write it in this post.....ENJOY READING...:)
It isn't how much we do, but how much love we put into what we do that really counts.
(Mother Teresa)

A life spent making mistakes is not only more honourable but more useful than a life spent doing nothing. (George Bernard Shaw)

Only those who dare to fail greatly can ever achieved greatly. (Robert F. Kennedy)

Life is without meaning. You bring the meaning to it. The meaning of life is whatever you ascribe it to be. Being alive is the meaning. (Joseph Campbell)

Think like a man of action, act like a man of thought. (Henry Bergson)
It's not what you do once in a while, it's what you do day in and day out that make the differences. (Jenny Craig)
Even if you are on the right track, you will get run over if you just sit there. (Will Rogers)

Wednesday, December 8, 2010

Setabah Rama-Rama


RAMA-RAMA. Ia cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ala, macam dalam movie Alice in Wonderland tu...ada satu watak ulat beluncas yang boleh buat ramalan...rupanya tak la cantik mana tapi bila sampai waktunya, ia berubah menjadi rama-rama yang sangat cantik.....
Ada satu kisah tentang rama-rama. Rasanya ramai yang pernah dengar atau baca tentang kisah ni. Tapi sebagai ingatan semula, saja la nak cerita tentang si rama-rama dalam blog saya ni.
Dulu, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian tentang rama-rama. Mereka ingin mengetahui proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Mereka melihat betapa susahnya si rama-rama mencuba untuk mengeluarkan diri daripada kepompongnya. Berjam-jam lamanya, rama-rama terus mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar daripada kepompong yang kecil itu. Akhirnya, usahanya berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya....:)
Teringat pulak pada lagu Miley Cyrus, Butterfly fly away...
"caterpillar in the tree, how you wonder who you'll be, can't go far but you can always dream...wish you may and wish you might, don't you worry hold on tight, i promise you there will come a day, BUTTERFLY FLY AWAY"
Ok, sambung balik cerita tadi. Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama daripada kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berjaya dikeluarkan dengan mudahnya. Namun, nasib rama-rama tersebut tersangatlah malang. Ia tidak mati tetapi ia meneruskan hidup dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang...malang sungguh...:(
Sebenarnya, segala kesukaran dan kepayahan ketika berusaha keluar daripada kepompong itulah memberi kekuatan bagi si rama-rama untuk terbang. Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini.
"Kita tidak akan kekal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih"
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Bersabarlah, airmata tidak abadi, ia akan kering juga suatu hari nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku"

Friday, October 22, 2010

...kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah...

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih. Apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang....

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah telah mengingatkan kita yang dia bukan pilihan terbaik untuk kita...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah...

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal...

wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya...
hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita,
gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhanNya,
dan meninggalkan laranganNya...
percayalah,
sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya,
yang menadah tangan meminta dengan panuh pengharapan,
hanya kepadaNya....

Wednesday, October 20, 2010

:::please look a little deeper:::

please don't judge me by my face,
by my religion or my race...
please don't laugh at what i wear,
or how i look or do my hair...
PLEASE LOOK A LITTLE DEEPER
way down deep inside,
and although you may not see it,
i have a lot to hide...
behind my clothes the secrets lie,
behind my smile i softly cry...
PLEASE LOOK A LITTLE DEEPER
and maybe you will see
the lonely girl that lives inside of me...
please listen carefully to her,
she'll show that she's insecure...
please try to be a friend to her,
and show her that you care...
please just get to know her,
and maybe you will see,
that if you just look deep enough,
YOU'LL FIND THE REAL ME...

:::Pelangi selepas Hujan:::

seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba...dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa kadangkala menewaskan semangat yang ada. kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. lantas kita marah pada Tuhan. kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan....

pernahkah sekali kita memahami alam?
mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering kontang?
hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik...
maka tersenyumlah alam...
betapa indahnya aturan Tuhan...
mengapa tidak ada hujan berpanjangan?
atau sinar mentari yang menyinari alam?
mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
mengapa tidak ada untuk sekaligus dalam satu masa?
mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
jawabnya senang.....

kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepastian, dugaan dan rintangan. mengecapi bahagia memerlukan pengorbanan. setiap kesenangan akan ada bayaran. contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah selepas hujan...

biar hujan dalam hati, pasti ada pelangi menanti.....

Sunday, September 26, 2010

iNsyaALLAH....

everytime you feel like you cannot go on
you feel so lost
that you are so alone
all you see is night
and darkness all around
you feel so helpless
you can't see which way to go
don't despair and never loose hope
cause ALLAH is always by your side....
everytime you make one more mistake
you feel you can't repent
and that its way too late
you're so confused
wrong decisions you have made
haunt your mind
and your heart is full of shame
don't despair and never loose hope
cause AlLAH is always by your side...
turn to ALLAH
he's never far away
put your trust in HIM
raise your hand and pray
ALLAH
guide my steps
don't let me go astray
you're the only one that show me the way
InsyaAllah, we'll find the way....

Friday, July 23, 2010

...i dReamed a dReam...


i dreamed a dream in time gone by
when hope was high and life worth living
i dreamed that love would never die
i dreamed that God would be forgiving

then i was young and unafraid
and dreams were made and used and wasted
there was no ransom to be paid
no song unsung, no wine untasted

but the tigers come at night
with their voices soft as thunder
as they turned your hope apart
as they turn your dreams to shame

and still i dream he come to me
that we would live the years together
but there are dreams that cannot be
and there are storms we cannot weather

i had a dream my life would be
so different from the hell i'm living
so different now from what it seemed
now life has killed the dream i dreamed.....