Separuh daripada hari ini saya menghabiskan masa dalam bilik mesyuarat. Perghhh, terasa tersangatlah lama bertapa di situ sehingga kepala dah tingtong tahap maksimum dah,,,tepu mendengar segala macam penerangan dan input2 penting untuk sesi persekolahan 2011 nanti. Pelbagai jawatan telah berjaya disandang oleh saya (tanggungjawab yang amat berat tu)...apapun, saya akan buat yang terbaik nanti...:)
Namun, bukan itu menjadi topik utama untuk saya menulis di blog ni sekarang. Ada cerita yang lebih menarik selain daripada mesyuarat tu. Ceritanya bermula selepas mesyuarat tamat. Selepas sumenye selesai, saya dan 3 orang kengkawan saya (cikgu2 senior yang sekepala) pegi la bandar. Survey2 barang sampai x sedar kat lua tu ujan punyalah lebat. Dah tu, lepak la kedai lampu tu lama2. Banyak jugakla lampu yang laku...hehe.
Bila ujan da benti, kitorang pun pegi la kat kete. Salah sorang drpd ktorang x dapat nak masuk kete sebab ada air kat belah pintu dia...sebelum tu, kitorang nampak ada kucing bawah kete tu. Dah halau kucing tu n also da tertonggeng2 tgk sama ada kucing tu da lari ke belum serta da sahkan kucing tu da takde (bape kali nak tulis 'da' la)...kete pun bergerak2la pelan2 sebelum kwn yg sorg lagi dapat masuk.
Tetibe, dengar bunyi mcm langgar sesuatu.....jeng..jeng...jeng.....member kat lua da ketuk2 tingkap da....ktorang buka je tingkap, dengar bunyi kucing.....macam kucing tu menjerit2 je mintak tolong (ni hiperbola la pulak)...huhu. Ktorang yg kat dalam kete ni da kecut perut da. "Ada kucing kat tayar!!!!!!!"....mcm mn ni???? kucing hidup lagi sebab dia berbunyi....sedih2.... "nak gerak ke depan ke, ke belakang ni???" kucing kat tayar.....panik sekejap...nak kua kete da takut da. Kawan yang sorang kat lua tu pun da kecut da...
Nasib menyebelahi kucing tu...rupa2nye dia just TERSEPIT kat tayar je, xde kecederaan...n yg penting, xde pertumpahan darah....:) Nasib baik la kawan yg sorg tu x dapat masuk kete sebab ada air kat sebelah pintu dia, n nasib baik jugak drive slow before dengar bunyi kucing tu...kalau takkkkk????
Moral of the story, kalau ada kucing melepak di bawah kenderaan anda, pastikn kucing tu betul2 da xde baru la anda boleh memulakan perjalanan anda....PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. INGATLAH ORANG TERSAYANG...:)
No comments:
Post a Comment