Saturday, June 11, 2011

alhamdulillah

saya berjaya pergi RAUB hari ni
mungkin bagi sesape yang baca ni
taklah hebat sangat
yelah
setakat g raub dari sungai koyan ni
just 1 jam perjalanan nek kete je
tapi bagi saya
ia sangat bermakna....

dah sebulan lebih dah kejadian tu berlaku
mengenangkan kejadian tu
saya sangat takut untuk nek kereta
apatah lagi nak g ke raub
mana tak nye
accident tu berlaku on the way nak g raub
sampai sekarang saya masih lagi teringat-ingat kejadian tu

ya Allah
kuatkanlah hati saya dalam menghadapi dugaanMu ini
tabahkanlah diri ini dalam menempuh onak duri kehidupan ini...

sepanjang perjalanan ke raub hari ni
saya lebih banyak mendiamkan diri bila berada dalam kereta
rasa cemas, takut, bimbang
semua ada
namun
terima ABANG kerana memahami saya
saya tau abang juga risaukan saya
jangan risau
mungkin ini jalan untuk menguatkan saya
dalam menghadapi dugaan ini

sebenarnya tidak susah untuk kita keluar dari rasa takut itu
jika kita benar-benar mahu
semuanya kita akan perolehi....
sabar, tawakal dan sentiasalah berdoa kepada Allah
Allah itu Maha Mendengar
kuatkan hati, tabahkan jiwa
semuanya akan baik-baik saja......

No comments:

Post a Comment