Sunday, June 5, 2011

:::tHanks fOr the fiRst sTep:::

"they dont know how long its take, waiting for a love like this..."

thanks dear for the first step
saya sangat-sangat menghargainya
kini saya betul-betul yakin
dengan ketulusan dan keikhlasan abang dalam hubungan kita ni

terlalu lama rasanya masa berlalu
baru sekarang kita tersedar
sejauh mana kita pergi
selama mana kita terpisah
kalau takdir sudah tertulis
saya bersyukur
hadirnya abang dalam hidup saya sangat-sangat saya hargai

suatu ketika dulu
hati ni pernah disakiti
sakit sangat sehingga lupa macam mana nak senyum
lupa tentang ketentuan Allah
lupa tentang segalanya

namun
apa yang saya sangka menamatkan kehidupan saya
rupa-rupanya memberikan saya cahaya dalam meneruskan kehidupan ni
terima kasih abang
kerana mengembalikan semula senyuman saya yang telah hilang suatu ketika dulu

abang
terima kasih kerana menerima saya seadanya
terima kasih kerana sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk saya
terima kasih kerana berada di sisi saya ketika saya bersedih
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
menjadikan hidup saya lebih bermakna....

No comments:

Post a Comment